Hari ni mat masak nasi dagang...kali kedua cuba menggunakan beras kaler coklat tu (dulu masa mula2 try, aku fill....frustt leer, nasi tu keras gilaaa!!!)...Mat campur dengan beras wangi. Cuma guna 1 bahagian beras coklat dan 3 bahagian beras siam wangi...
Dengan senang hatinya, kali ni nasi jadi elok, tapi mat rebus dulu beras coklat tu sampai kembang dan lembut, toskan dan campur dalam beras siam (selepas beras siam tu dikukus untuk kali kedua)....Pening ekk..tak pe, kita tengok yea.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
800 G beras siam, cuci dan rendam 3 jam
250 g beras coklat (brown rice), cuci dan rendam semalaman
600 ml santan*
1 camca teh garam dan sedikit gula (secukup rasa)*(*disatukan dan kacau sebati)
10 biji bawang merah, hiris halus
1 camca besar halba
2 inci halia muda, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Toskan beras perang, rebus hingga menjadi nasi (kurang lebih 25 - 30 minit). Tos dan ketepikan. Toskan beras siam, kukus 15 minit atas air mendidih.
- Keluarkan beras siam dan masukkan ke dalam satu bekas besar. Gaul beras perang tadi, halba, bawang merah hiris dan halia. Kacau rata. Tuang sebahagain santan dan gaul rata.
- Kukus semula selama 20 minit. Kemudian keluarkan, dan gaul lebihan santan hingga habis. Kukus kembali hingga nasi masak elok (kurang lebih 25 minit). Hidang kan bersama gulai ikan tongkol dan acar mentah...