Type something and hit enter

ads here
By On
advertise here
Pudding Susu Koktel

Kerana terpesona dengan pudding susu koktel kat rumah "kak ummi" yang nuuunn jauh di Kuantan, mat pun cuba lah buat. Lagi pun serbuk agar ada baki, tak banyak dalam 6 gm macam tu, oleh yang demikian, mat buat 1/2 dari resipi asal (resipi dibawah, mat kopipaste kak ummi nya aje....mintak halal yea kak!!)....Sedap dimakan bila dah disejukkan dalam peti ais...mmmmmm!!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail (mat guna nenas dalam tin ajee)

Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor, esen vanilla dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar.
  3. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Click to comment