Ini resipi mudah dan berkhasiat. Budak2 boleh makan, orang tua yang tak de gigi pun boleh makan u, sebab lembut dan lesap je bila disuap ke dalam mulut masing2....
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 ml air soya*
3 biji telur*
1/2 camca teh serbuk lada sulah/lada hitam*
1/4 camca teh garam*(*disatukan dan kacau dengan whisk hingga sebati)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh kicap cair
2 camca besar air
Hirisan daun sup/bawang#
Hirisan cili merah#(#untuk hiasan)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan kukusan, lenser bekas acuan kecil2 dengan sedikit mentega. Tuang bahan2 yang dibancuh (*) 3/4 penuh dalam bekas2 tadi dan kukus atas api sederhana 20 - 25 minit.
- Sementara itu, panaskan minyak bijan dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiran, kicap cair dan air. Kacau rata dan masak atas api kecil hingga pekat. Matikan api.
- Keluarkan pudding dari kukusan, sudukan sedikit bahan no 2 ke dalam setiap bekas pudding dan hias dengan hirisan daun sup dan cili. Hidangkan semasa masih suam......