Type something and hit enter

ads here
By On
advertise here
Shepherd Pie

Dah lama plan nak buat "shepherd pie"..dari tahun lepas lagi..aduhh!! lama betul "rajin" tu berjalan, baru hari ni sampai pada mat....

Shephred Pie

Kerajinan tu bertambah meluap2 bila nampak kak ummi kuantan buat shepherd pie kat blog dia, oleh itu, hari ni pagi2 lagi mat dah buat....Aku sarapan shepherd pie hari nie!!, jangan memainn.....

BAHAN INTI :-)
250 g daging cincang
100 g cendawan butang, hiris nipis
100 g brokoli, potong kecil
1/2 batang lobak merah, didadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 helai bay leaf
4 camca besar mushroom sup dalam tin
2 camca besar mentega
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar hirisan daun parsley
1 cawan air
Sedikit garam, jika perlu

BAHAN KENTANG PUTAR :-)
300 g kentang
2 camca besar mentega
4 -5 camca besar susu cair
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar hirisan daun parsley

BAHAN LAIN :-)
Parutan keju mozarella secukupnya
Daun parsley untuk hiasan
Sos cili sebagai sos sampingan, jika suka



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga layu, masukkan lobak merah dan daging cincang, kacau rata. Masukkan sup cendawan dan air, kacau rata. Bila hampir pekat, masukkan cendawan, brokoli, serbuk lada hitam dan parsley, kacau lagi dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan ketepikan.
  2. UNTUK KENTANG PUTAR :- Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga kentang betul2 empuk, lecek hingga halus semasa kentang panas. Ketepikan. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan kentan dan susu, kacau hingga sebati. Tambah serbuk lada hitan dan sedikit garam, kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan hirisan parsley dan gaul rata.
  3. UNTUK SHEPHERD PIE :- Lenser bekas tahan panas (atau mat guna ramekin mcm dalam gambar tu) dengan sedikit mentega. Isikan dengan inti 3/4 penuh. Tutup permukaannya dengan kentang putar sehingga rata. Taburkan sedikit parutan keju mozarella, buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit atau hingga permukaannya perang keemasa. Hias dengan daun parsley dan hidangkan bersama sos cili, jika suka....
CATATAN MAT GEBU :- Mat masukkan kentang tu dalam piping beg dan paipkan atas inti sehingga menutupi keseluruhannya. Lepas 20 - 25 minit kalau permukaannya kurang perang, tukar api oven pada fungsi "GRILL" dan masak lagi 5 minit.

Click to comment