Type something and hit enter

ads here
By On
advertise here
Gulai Pisang Muda & Cendawan

Lama betul tak makan gulai pisang, lagi lama tak makan gulai pisang yang dimasak sekali dengan cendawan "terkukur" atau "kulat sisir"....Nak cerita sikit, dulu2 kan kawasan kami yang banyak ditanam pokok getah, mudah tau nak dapat cendawan terkukur, kami siap pi kutip, dapat bertapis2 lagi, sampai boleh berjual, itu cerita dulu masa mat umur 10 -11 tahun, tapi sejak pokok getah diganti dengan pokok kelapa sawit...tak menjamah leer lagi....Yang mat masak ni pun, abah mat beli, adalah dalam 2 cawan = RM5.00!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang muda
2 cawan cendawan terkukur@kulat sisir
3 batang serai, dititik
4 ketul tulang ikan kurau masin
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci kunyit hidup*
4 -5 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)*
3 biji buah keras*
2 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas sedikit kulit pisang, hiris sederhana tebal, cuci dan rendam dalam air bersama asam gelugor. Cendawan direndam, buang kotoran dan besihkan. Tos dan perah, tumbuk sedikit, sekadar memar2 sahaja. Cuci tulang ikan kurau masin dan toskan. Ketepikan.
  2. Toskan pisang, masukkan ke dalam belanga/periuk bersama bahan2 kisar halus, tulang ikan kurau masin dan serai titik, gaul rata dan didih kan 2 - 3 minit. Tuang santan cair dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan cendawan, gaul rata dan masak hingga pisang sedikit lembut. Tuang pati santan dan tambah sedikit garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan/ayam goreng.
CATATAN MAT GEBU :- Garam harus dijaga, kerana tulang ikan masin kurau tu sedia kala mengandungi kadar garam yang tinggi, bila dah lama duduk bertapa dalam gulai, garam dari tulang ikan masin kurau akan keluar dan gulai kita mula terasa masin. Lauk bertambah sedap jika dimakan keesokkan harinya.....

Click to comment