Untuk dibahagi2 pada jiran, hari ni mat cuma pelbagaikan resipi asas roti "Norzailina Nordin". Hari tu kita gulung dengan blueberry, kali ni cuba gulung dengan isian daging yang dimasak ala2 inti murtabak bersama hirisan keju......
Sedap dan harum bau rempah bergabung dengan bau keju....Kalau rajin dan ada masa boleh lah mencuba nanti yeaa...Lupa nak kata..dalam gambar tu bukan "wain" atau "wisky" yeaa..Itu jus "BEYH"...satu bes minuman khas dicipta semasa era pemerintahan "Almarhum Sultan Sir Ibrahim, Sultan Johor" ketika itu..Ianya diperbuat dari rempah ratus terpilih yang diperam untuk satu ketika...dan disajikan sebagai minuman "selamat datang" sebagai tanda alu-aluan....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bahagian basic bread dough...boleh rujuk sini..
4 keping keju chesdale
200 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*tumbuk lumat)
1 camca teh serbuk cili
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1/2 cawan pati santan
1/2 camca besar gula
1 tangkai daun kari
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, bahan tumbuk, serbuk cili dan rempah kari hingga wangi, tuang sedikit air. Gaul rata dan masukkan daging dan kacau hingga rata.
- Bila daging kecut, tambah santan dan baki air, masukkan sedikit garam dan gula, kacau rata. Masak dengan api perlahan hingga inti kering. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan gaul rata, angkat dan sejukkan.
- UNTUK ROTI :- Bahagi doh kepada 4 bahagian sama besar, ambil 1 doh canai 4 persei berukuran 7 x 9 inci. Ratakan inti dan tinggal kan ruang ditepi2 doh (seperti dalam gambar), keju tadi dipotong 4 dan susun, gulung kemas dan ketak2. Perelokkan bentuknya dan alih ke dalam mini loaf pan yang telah dilenser dengan mentega. Buat hingga siap. Boleh rujuk pada gambarajah..
- Biar 1 jam hingga naik sekali ganda. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Sejukkan roti atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong...